Tuesday 25 November 2014


Ahad, 28 November 2010

Sejenak di Pulau Bidong

Pulau Bidong
Pada hari ini tidak ramai dari kalangan generasi muda yang tahu mengenai Pulau Bidong, kecuali anak-anak muda dari sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama negeri Trengganu.  Pulau yang sebesar 260ha  ini terletak berhampiran negeri Trengganu di Laut China Selatan.

Suatu ketika pada pertengahan 1978 sehingga tahun 1991, pulau ini menjadi tumpuan dunia dalam isu pelarian Vietnam.

Selepas aku tamat kursus asas Radio Komunikasi di Sekolah Latihan Komunikasi Woodlands, Singapura pada bulan Februari 1978, aku telah diarahkan bertugas di atas kapal KD Ledang.  Kapal ini adalah dari jenis Skuadron Penyapu Periuk Api yang diperintah oleh Lt Kdr Chan Mun Fook.

Sebagai orang baru dan pertama kali berkhidmat dan bertugas di kapal, kehidupan aku begitu asing dengan rutin harian.  Namun lama-kelamaan ianya menjadi sebati dan sangat menyeronokkan.

Pada beberapa bulan pertama aku bertugas di kapal ini, banyak tugasan yang diberi oleh pihak atasan ialah belayar bersama-sama KD Mahamiru yang diperintah oleh Lt Kdr Chin Mun Seng dan KD Kinabalu yang diperintah oleh Lt Ibrahim Jawi adalah membuat latihan di laut dan seterusnya membuat rondaan secara berasingan di sektor yang telah ditetapkan.

Namun menjelang bulan Ogos pada tahun yang sama, tugasan yang diberi oleh pihak atasan sangat asing dan menjadi lebih mencabar buat Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal.  Perairan Malaysia, khususnya di sebelah pantai timur semenanjung telah didatangi oleh ramai pelarian dengan menaiki bot kecil sarat dengan orang-orang Vietnam yang ingin mencari 'kebebasan'.

Aku masih ingat banyak peristiwa yang melibatkan 'boat people' ini.  Dalam tempoh 3 bulan sahaja telah beberapa kali kami menunda bot yang dipenuhi oleh pelarian Vietnam keluar dari perairan Malaysia atas arahan pihak atasan.  Memang sangat menyedihkan, namun kami hanya menjalankan tugas dan hanya mampu melihat penderitaan mereka sahaja.

Pada suatu ketika yang lain, kami juga pernah menunda bot pelarian Vietnam ini untuk dihantar ke Pulau Bidong yang telah menjadi tempat 'persinggahan' mereka.  Kerajaan Malaysia secara rasminya telah mengisytiharkan Pulau Bidong sebagai kem pelarian dan menjadi kawasan larangan bagi orang awam tanpa urusan rasmi.

Pada suatu kesempatan lain, aku telah diarahkan oleh Pegawai Memerintah bersama seorang pegawai lain dan beberapa anak kapal atas tugasan khas untuk mendarat ke Pulau Bidong.  Aku sebagai seorang 'radio operator' ditugaskan membawa satu set radio PRC untuk menghubungi kapal yang bersauh tidak jauh dari pulau tersebut.  Aku dapat melihat dengan jelas bagaimana keadaan kehidupan mereka ketika itu.  Aku tidak dapat gambarkan keadaan kehidupan mereka dalam bentuk tulisan, namun gambar-gambar yang aku muat-turunkan pada entri ini mungkin dapat membantu pengunjung blog ini membayangkan keadaan kehidupan mereka ketika itu.

Pelarian Vietnam di Pulau Bidong
'Boat People'


Keadaan Pelarian Vietnam

Kapal TLDM dari jenis LST menurunkan pelarian. (Ada sesiapa boleh beritahu nama kapal ini 503. Penulis tidak ingat nama kapal ini).

Pulau Bidong menjadi seperti 'Mini Saigon' buat mereka.  Suatu ketika pulau ini menempatkan hampir 250,000 pelarian.   Pada 30hb Okt, 1991 apabila semua pelarian Vietnam telah meninggalkan pulau ini menuju ke negara maju yang mengambil mereka, secara rasminya pulau ini telah ditutup.

Kehadiran aku bersama pegawai dan beberapa anak kapal KD Ledang ke pulau ini menjadi kenangan dalam lipatan sejarah hidup ku selama berkhidmat di dalam TLDM.  Kenangan di antara kenangan-kenangan yang akan diingati sepanjang hayat ini.

Nota:  Sebagai maklumat tambahan KD Jerai ketika itu telah dilucutkan tauliahnya.

cc:pak mail

appericiate this? please click this link http://peruserpaid.com/?ref=48812

Kisah anak Pulau Bidong





KAMU adalah anak Pulau Bidong. Itulah hakikat yang harus diterima oleh seorang pengarah muda dari Austria dan anak bekas pelarian pasangan Vietnam suatu ketika dahulu, Nguyen Martin.
Martin dan Pulau Bidong memang tidak boleh dipisahkan. Pulau kecil yang terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari Kuala Terengganu, Terengganu dan berada dalam perairan Laut China Selatan itu mempunyai makna yang cukup dalam kepadanya.
Di pulau sebesar 40.49 hektar itulah dia dilahirkan oleh pasangan Nguyen Van Quang dan Nguyen Thi Bay tiga dekad lalu. Tanpa kemudahan asas yang baik, Martin lahir pada 23 Mei 1980.
Dia lahir dalam kelompok masyarakat pelarian Vietnam yang pada ketika itu menjadikan Pulau Bidong sebagai negara sendiri.
"Selama tiga dekad, saya tidak pernah merasakan diri saya sebagai pelarian. Saya membesar di Austria dan saya adalah rakyat Austria," kata Martin ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Bagaimanapun, jauh di sudut hati Martin, dia tidak boleh lari daripada hakikat dan fakta sejarah yang telah dicatat oleh kedua-dua ibu bapanya. Malah, Martin sentiasa mengenang nasib yang telah dilalui oleh keluarganya tiga dekad lalu.
"Kadangkala terdetik di hati saya tentang asal usul saya. Saya rasa tidak seperti orang lain dan terasa asing," ujarnya.
Mengikut sejarah, suatu ketika dulu Pulau Bidong menempatkan kem pelarian yang dibina kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) pada tahun 1978.

DARI kiri: Van Quang, Martin dan Thi Bay menunjukkan dokumen yang membantu misi pencarian Ali di Batu Burok, Terengganu.


Ketika ditutup pada tahun 1991, kira-kira 250,000 pelarian atau lebih dikenali sebagai orang hanyut berada di kem tersebut sebelum penghijrahan besar-besaran ke Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan Perancis.
Keluarga Martin antara yang terawal mendarat di Pantai Merang, Setiu pada bulan April 1979 turut merasai keperitan bergelar pelarian sebelum ditempatkan di kem Pulau Bidong sebulan kemudian.
Mereka pernah merasai keperitan berkongsi tempat tidur, makanan dan kehidupan. Hanya semangat yang ada untuk terus hidup.
Bagaimanapun, kemuncak kepada derita yang dialami pasangan Van Quang, 51, dan Thi Bay, 51, ialah ketika melahirkan Martin. Martin lahir sebagai anak pelarian di sebuah kem pelarian di Pulau Bidong.
"Kedua-dua ibu bapa saya meninggalkan negara asal kami di selatan Vietnam akibat tekanan politik yang tidak menentu. Mereka mendarat di Pantai Merang, Setiu sebelum ditempatkan di sebuah kem pelarian," tambah Martin.
Sepanjang berada di Pulau Bidong, tidak terlintas di dalam fikiran pasangan Van Quang dan Thi Bay bahawa suatu hari nanti mereka akan menjadi warga Austria, sebuah negara yang terletak kira-kira 9,600 kilometer (km) dari Pulau Bidong.
Negara Eropah Tengah tanpa pantai dan bersempadan dengan Jerman dan Republik Czech itu menjadi penyelamat kepada keturunan pasangan petani dari Vietnam itu.
Dunia baru Martin
Sebulan selepas Martin dilahirkan iaitu sekitar Jun 1980, Van Quang dan Thi Bay membuat keputusan menyertai misi UNHCR untuk menghantar pelarian-pelarian Pulau Bidong ke negara dunia ketiga.
"Kami akur dengan keputusan ini walaupun kami tidak tahu bagaimana kehidupan di Austria.
"Kami perlu berhijrah demi masa depan dan anak kami. Kami juga perlu cekal untuk melalui kehidupan baru di Austria," kata Van Quang ketika ditemui pada misi menjejaki seorang askar Melayu bernama Ali.
Tuah terus menyebelahi keluarga Van Quang apabila kehadiran mereka di Vienna iaitu ibu kota Austria disambut baik oleh masyarakat setempat.
Malah, Van Quang juga berpeluang bertemu dengan ramai bekas-bekas pelarian Vietnam yang menetap di negara itu.
Penghijrahan keluarga Martin ke Austria ternyata membawa perubahan besar kepada kehidupannya.
"Pada peringkat awal, ayah hanya bekerja sebagai petani dan itulah satu-satunya pekerjaan yang sesuai untuk keluarga pelarian seperti kami.
MESKIPUN kini menjadi warga Austria, Martin tetap merasa bangga kerana dilahirkan di Pulau Bidong, Terengganu.


"Bagaimanapun, Austria merupakan sebuah negara yang hebat untuk dihuni dan mempunyai taraf hidup yang cukup tinggi. Di negara inilah saya menemui kehidupan baru," cerita Martin yang mempunyai seorang adik lelaki dan seorang perempuan.
Belajar dan membesar dalam dunia baru, Martin tidak kekok menyesuaikan dirinya dengan persekitaran di Austria.
Seperti kanak-kanak lain, Martin menerima pendidikan yang baik sehingga dia berjaya menggenggam segulung sarjana dalam bidang Sains Komunikasi dari Universiti Vieena, Austria.
Minatnya dalam bidang komunikasi dan penyiaran dikembangkan menerusi penglibatannya dalam pengarahan filem pada tahun 2002, iaitu dua tahun selepas Martin menamatkan pengajian peringkat sarjana muda.
Sejak 2002, lapan tahun yang lalu, Martin terlibat dalam sembilan pengarahan filem di Austria. Kebanyakannya lebih bercorak dokumentari dan kisah hidup.
"Saya bangga dengan cara hidup saya dan saya begitu menghormati sejarah yang dilalui oleh keluarga saya. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk mengarahkan sebuah filem dokumentari mengenai kisah hidup kedua-dua ibu bapa saya," tambah Martin.
Filem yang bertajuk Tomorrow You Will Leave itu diterbitkan oleh Golden Girls Film Production. Filem tersebut mengisahkan perjalanan hidup kedua-dua ibu bapa Martin ketika mula-mula bergelar pelarian di Pulau Bidong pada tahun 1979.
Filem dokumentari itu mendapat sentuhan daripada beberapa pakar terkemuka seperti jurukamera Birgit Gudjonsdottir, jurubunyi Atanas Tcholakov dan Peter Janecek selaku penerbit. Dokumentari itu mengisahkan bagaimana kedua-dua ibu bapa Martin menjejaki seorang askar Melayu di Kuala Terengganu.
Usaha jejak Ali

DOKUMENTARI Tomorrow You Will Leave turut menjejak seorang askar Melayu yang hanya dikenali sebagai Ali.


"Ibu bapa saya kembali ke Terengganu selepas 32 tahun semata-mata untuk mencari seorang askar Melayu bernama Ali. Ali merupakan individu yang pernah menolong mereka ketika mula-mula mendarat di Pantai Merang, Setiu.
"Untuk dokumentari ini, saya dan kru akan merakam setiap usaha untuk menjejak Ali termasuk mencari dari rumah ke rumah dan berjumpa dengan wartawan Malaysia," kata Martin yang banyak mendapat bantuan daripada bekas petugas Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Rosli Mohamad untuk menjejaki Ali.
Menurut Martin, Tomorrow You Will Leave yang merupakan lagu tema bagi pelarian-pelarian Vietnam di Pulau Bidong bakal disiarkan di Austria tahun depan.
Sekalipun tidak layak menuntut hak sebagai anak Malaysia, Martin bangga kerana menjadi sebahagian daripada negara ini.
Menurut Martin, walau di mana juga dia berada faktanya ialah dia adalah anak kelahiran Pulau Bidong. Malah, Martin mengakui sampai bila-bila pun nama Pulau Bidong akan tercatat dalam surat kelahirannya.
"Saya tahu saya bukan warganegara Malaysia, tetapi saya telah melalui satu pengalaman yang cukup indah bersama masyarakat di sini. Saya dan keluarga telah mendapat layanan terbaik sejak saya lahir di sini tiga dekad lalu," luah Martin.
Dia juga sentiasa bersyukur kerana masyarakat Malaysia sentiasa menerima kehadirannya sama ada sebagai pelarian ataupun orang luar.
"Sejauh mana pun kami pergi, semua orang sudi bercakap dengan kami dan menjemput kami ke rumah mereka. Itulah perkara yang akan saya kenang sampai bila-bila sebagai anak pelarian," katanya.

cc:mustapa.lakawa@kosmo.com

appericiate this? please click this link http://peruserpaid.com/?ref=48812

Monday 22 September 2014

 
Pembukaan dan penempatan awal di Pulau Perhentian
Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18. Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Orang yang paling awal mendudukinya ialah Batin Mina dan keluarganya. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menjadikan Pulau Perhentian sebagai satu petempatan.
 
Asal Penduduk Pulau Perhentian
Orang yang pertama menduduki Pulau Perhentian dipercayai berasal dari Kepulauan Riau, iaitu jajahan takluk Johor-Riau pada masa itu. Batin Mina dan keluarganya datang ke Pulau Perhentian dengan menumpang kapal-kapal dagang China yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara. Beliau telah melarikan diri dari buruan Belanda kerana telah bertindak menentang penjajahan dengan cara merompak dan mengugut kapal-kapal dagang barat. Keturunan beliaulah yang terus mendiami Pulau Perhentian serta beberapa keluarga yang berasal dari Tanah Besar Semenanjung.
 
Bagaimana Pulau Perhentian Mendapat Nama
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.
 
Pentadbiran Pulau Dan Hubungan Dengan Pemerintah Negeri
Pulau Perhentian pada masa dahulu ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali dengan panggilan Batin. Beliaulah orang yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan orang-orang di bawah kawalannya. Batin pada masa itu adalah merupakan seorang pendekar yang terbilang dan juga seorang bomoh yang handal serta mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi.

Batin Mina merupakan orang yang pertama menduduki dan mentadbir Pulau Perhentian. Pada zamannya teraju pentadbirannya terletak di Teluk Dalam iaitu Pulau Perhentian Besar. Pentadbirannya dibantu oleh seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Dayak. Batin dengan dibantu oleh panglimanya yang bertanggungjawab bagi memastikan keamanan dan kestabilan persekitaran pulau.

Selepas kematian Batin Mina, teraju pemerintahan pulau diambil alih pula oleh adiknya iaitu Batin Jamal. Tidak lama selepas kematian Batin Mina, mereka yang tinggal di perkampungan Teluk Dalam Pulau Perhentian Besar sudah tidak tenteram lagi. Keadaan ini terjadi kerana adanya gangguan dari makhluk-makhluk halus, yang dikatakan sebelumnya dapat dikawal oleh Batin Mina. Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila tanaman tidak menjadi kerana dirosakkan oleh lutong (sejenis monyet) dan tikus. Oleh kerana keadaan sudah tidak terkawal lagi, Batin Jamal pentadbir pulau pada masa itu mengambil keputusan untuk berpindah.

Batin Jamal dan semua penduduk Pulau Perhentian pada masa itu telah berpindah ke Negeri Sanyanya dan membuka penempatan di situ. Negeri Sanyanya ialah Kuala Besut sekarang ini. Di Negeri Sanyanya (Kuala Besut), Batin Jamal membuka perkampungan baru. Setelah tinggal beberapa lama di Negeri Sanyanya (Kuala Besut), Batin Jamal dan orang-orangnya teringin untuk kembali ke Pulau Perhentian. Setelah mengadakan perbincangan dengan semua orang-orangnya, Batin Jamal mengambil keputusan untuk kembali ke Pulau Perhentian. Sekembalinya dari Negeri Sanyanya (Kuala Besut), mereka tidak lagi tinggal di Teluk Dalam tetapi menduduki Pasir Hantu (penempatan sekarang) di Pulau Perhentian Kecil.

Selepas kematian Batin Jamal, pentadbiran Pulau Perhentian diambil alih pula oleh Batin Deris. Pentadbiran Batin Deris dibantu oleh seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Ebet. Batin Deris dan panglimanya bertanggungjawab terhadap soal-soal kebajikan dan keselamatan orang-orangnya. Selepas kematian Batin Deris, warisan kebatinan diambil alih pula oleh Batin Saman, selepas kematian Batin Saman ianya diambil alih pula oleh Batin Yahya. Kemudian, selepas Batin Yahya meninggal dunia ianya diteruskan pula oleh Batin Talib dengan dibantu oleh panglimanya yang bergelar Panglima Kecik atau dikenali juga dengan panggilan Tok Deramat. Pada zaman Batin Taliblah, penduduk Pulau Perhentian dapat disatukan di satu tempat iaitu penempatan sekarang ini. Batin Talib telah berjaya mengumpulkan semua penduduk Pulau Perhentian di satu kawasan penempatan di sekitar awal abad ke 20. Selepas Batin Talib meninggal dunia, pentadbiran Pulau Perhentian diteruskan lagi oleh Batin Sidek. Batin Sidek merupakan batin yang terakhir sekali dalam warisan kebatinan yang mentadbir Pulau Perhentian. Beliau meninggal dunia pada awal tahun 1990. Selepas kematiannya tidak ada lagi warisan kebatinan yang menjadi ketua penduduk Pulau Perhentian. Ianya telah diganti dengan seorang Ketua Kampung.

Batin Pulau Perhentian mempunyai hubungan istimewa dengan pemerintah negeri iaitu Baginda Al-Sultan Terengganu. Kisah perhubungan ini dikatakan bermula pada zaman Batin Mina lagi sehinggalah kepada batin-batin selepasnya. Hubungan dikatakan bermula apabila Batin Mina berkeupayaan mengubat penyakit yang dihidapi oleh baginda Sultan Terengganu

Mengikut cerita, pada zaman pemerintahan ayahanda kepada Sultan Sulaiman telah terjalin hubungan antara Batin Mina dengan baginda Al-Sultan Terengganu yang memerintah. Sejarah hubungan istimewa dikatakan bermula apabila Almarhum Sultan yang memerintah ketika itu ingin menduga kepandaian dan kehandalan bomoh dalam negeri dan jajahan takluk baginda. Cara baginda menguji kepandaian bomoh ialah baginda pura-pura sakit.

Apabila baginda sakit seluruh negeri dikhabarkan berita itu. Semua bomoh-bomoh dan dukun-dukun yang handal dipanggil untuk mengubati baginda. Walaupun semua bomoh-bomoh dan dukun-dukun yang handal datang mengubati baginda namun penyakit baginda tidak juga sembuh. Semua bomoh dan dukun yang datang tidak tahu penyakit yang dihidapi oleh baginda.

Berita tentang Al-Sultan Terengganu yang sedang gering itu sampai ke pengetahuan Tengku Chik, Raja yang memerintah Besut pada masa itu. Tengku Chik menyembahkan kepada Al-Sultan Terengganu tentang adanya seorang bomoh yang handal di Pulau Perhentian. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan baginda, lalu baginda menitahkan supaya bomoh dipanggil untuk datang ke Kuala Terengganu dan mengubati baginda. Setelah dititahkan oleh Sultan Terengganu supaya datang mengadap, Batin Mina iaitu bomoh yang dimaksudkan oleh Tengku Chik mula bersiap-siap untuk memulakan pelayaran ke Kuala Terengganu.

Batin Mina memulakan pelayaran ke Kuala Terengganu dengan menggunakan sebuah perahu kecil yang diperbuat daripada batang kayu dan layarnya diperbuat daripada sebidang tikar. Pada masa itu ialah musim tengkujuh. Batin Mina belayar seorang diri mengharungi gelora musim tengkujuh untuk ke Kuala Terengganu semata-mata untuk mengubati Baginda Al-Sultan. Setelah sampai di Kuala Sungai Terengganu dan mendarat di jeti tidak jauh dari Istana Maziah, beliau disambut oleh seorang wakil Al-Sultan yang dikenali dengan nama Pak Bian. Kedatangan Batin Mina memang ditunggu-tunggu oleh pihak istana.

Mengikut cerita perahu kecil yang berlayarkan tikar yang dinaiki oleh Batin Mina mempunyai keanehan dan luar biasa pada pandangan orang ramai. Perahu kecil yang diperbuat daripada sebatang kayu dan menggunakan layar sebidang tikar itu dilihat oleh orang ramai yang menunggu ketibaannya bagaikan sebuah kapal yang besar dan dinaiki oleh berpuluh-puluh orang. Tetapi setelah ianya semakin hampir dengan pantai ianya dilihat semakin kecil dan akhirnya ianya adalah sebuah perahu layar yang kecil sahaja.

Batin Mina masuk ke dalam istana dan diberi santapan Diraja. Setelah berehat seketika, Batin Mina dititahkan mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk melihat penyakit yang dihidapi oleh Baginda. Setelah masuk mengadap, Batin Mina mempersembahkan kepada Duli Yang Mulia Sultan bahawa Baginda sebenarnya tidak sakit. Ia sudah mengetahui bahawa Baginda Al-Sultan sekadar ingin menguji kepandaian dan kehandalan bomoh yang ada di serata negeri. Setelah Al-Sultan mengetahui bahawa Batin Mina sudah mengetahui bahawa Baginda tidak sakit, Baginda pun terus bangkit dari tempat peraduan dan segera menghampiri Batin Mina. Baginda Al-Sultan mengakui kehandalan Batin Mina sebagai seorang bomoh.

Sejak peristiwa itulah, batin-batin yang tinggal di Pulau Perhentian mendapat layanan istimewa daripada Baginda Al-Sultan Terengganu. Mengikut cerita Baginda Al-Sultan berjanji akan memberi layanan istimewa kepada Batin Mina dan anak cucunya yang tinggal di Pulau Perhentian. Mulai dari peristiwa itu jugalah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan yang seterusnya dikatakan tetap menghormati Batin-Batin Pulau Perhentian dan sering juga mengunjungi Pulau Perhentian.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman, Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin 11, Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah juga sering mengunjungi Pulau Perhentian. Mengikut cerita setiap kunjungan Duli-Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan akan disambut dengan upacara penuh istiadat mengikut tradisi. Segala tradisi ini berterusan sehinggalah kepada Batin yang terakhir iaitu Batin Sidek. Kawasan perairan Pulau Perhentian dan sekitarnya diletakkan di bawah kawalan Batin-Batin sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan Inggeris. Ianya bermula dari zaman Batin Mina lagi. Selepas kematian Batin Sidek, tidak ada lagi warisan kebatinan yang mengepalai penduduk Pulau Perhentian. Ianya telah diganti dengan seorang Ketua Kampung yang dilantik oleh masyarakat. Bermula pada tahun 1990, seorang Ketua Kampung mengetuai penduduk Pulau Perhentian.
 
Kegiatan Sosioekonomi Penduduk Pulau Perhentian Di Awal Penempatan
Diawal penempatan penduduk Pulau Perhentian bekerja sebagai petani dan nelayan saradiri. Penduduknya bercucuk tanam seperti padi dan ubi kayu untuk keperluan keluarga. Padi ditanam di satu kawasan rendah di kaki bukit kawasan penempatan di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Selain daripada padi, ubi kayu juga ditanam untuk keperluan sementara menunggu padi mengeluarkan hasilnya.

Sebagai sumber protein, penduduk Pulau Perhentian pada masa itu menangkap ikan dengan menggunakan pancing di sekitar perairan Pulau Perhentian. Mereka pergi memancing dengan menaiki perahu-perahu kecil yang diperbuat daripada batang-batang kayu yang ditebuk. Segala hasil tangkapan hanya cukup untuk keperluan keluarga mereka.

Bekalan makanan seperti beras sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah pada masa itu. Batin Mina ketua bagi penduduk Pulau Perhentian pada masa itu telah mengena syarat kepada kapal-kapal dagang Cina yang berlabuh di perairan Pulau Perhentian. Setiap kapal yang berlabuh dan berlindung di Pulau Perhentian dikenakan cukai dalam bentuk makanan dan pakaian. Pada masa itu kapal-kapal dagang Cina yang berlabuh itu dikenali sebagai 'wakam' oleh penduduk kampung. Ianya adalah sejenis kapal layar yang besar yang lebih dikenali sebagai tongkang. Jika mereka enggan membayar cukai, tindakan akan diambil. Barang-barang mereka akan dirampas dan tidak dibenarkan berlabuh di sekitar perairan pulau. Jika sekiranya penguasa pulau pada masa itu iaitu Batin Mina dan pembantu-pembantunya gagal mendekati kapal-kapal itu, tindakan lain akan diambil. Mengikut cerita, pernah terjadi kapal-kapal dagang Cina itu dihalang pelayaran mereka dengan membina beting pasir di tengah laut bagi tujuan menyekat pelayaran kapal tersebut. Pembinaan beting pasir itu dikatakan dibina dengan menggunakan ilmu kebatinan oleh Batin Mina. Setelah pelayaran kapal itu tersekat, pedagang-pedagang itu terpaksa tunduk dan membayar cukai kepada Batin Mina.
 
Bagaimana Penempatan Sekarang Di Buka
Penempatan sekarang asalnya satu kawasan yang dipenuhi dengan lalang dan semak samun. Di persisiran pantainya adalah hamparan pasir yang memutih. Setelah Pulau Perhentian ditinggalkan sekian lama oleh Batin Jamal dan orang-orangnya dan kemudian kembali semula ke Pulau Perhentian, mereka tidak kembali menetap di Teluk Dalam. Apabila kembali semula ke Pulau Perhentian dari Kuala Besut (Negeri Sanyanya), mereka telah membuka satu kawasan penempatan yang baru. Tempatnya ialah Pasir Hantu iaitu penempatan sekarang.
Pada masa dahulu, sebelum ianya dibuka oleh Batin Jamal, tempat ini adalah kawasan yang ditakuti oleh penduduk Pulau Perhentian kerana ianya dikatakan berhantu. Oleh kerana itulah tempat ini dinamakan Pasir Hantu. Mengikut cerita, sebelum ianya dibuka, orang kampung takut mendekati kawasan ini sewaktu mereka memancing di laut. Ini adalah kerana ada semacam orang yang melambai-lambai di tepi pantai, pada hal pada masa itu masih belum ada penghuni lagi di Pulau Perhentian Kecil. Oleh kerana itulah tempat ini dinamakan Pasir Hantu. Setelah ianya dibuka oleh Batin Jamal, masalah itu dikatakan dapat diatasi dan ketakutan penduduk pun hilang.

SEBENARNYA, apabila Batin Jamal dan orang-orangnya kembali dari Kuala Besut (Negeri Sanyanya), tidak semua mereka yang kembali itu tinggal di Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil. Ada di antara mereka yang tinggal di Pulau Perhentian Besar tetapi tidak di Teluk Dalam. Ada di antara mereka itu menduduki dan menetap di Seberang Air Keruh, Seberang Mat Daham, Batu Jong dan Teluk Pauh. Semuanya di Pulau Perhentian Besar dan merupakan tempat peranginan dan perkelahan yang menarik pada masa ini.

Selain daripada itu, ada juga yang mendiami Pasir Petani di Pulau Perhentian Kecil. Dari kajian dan cerita yang diperkatakan oleh pencerita, penempatan pada masa dulu adalah berselerah di beberapa tempat di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Tetapi penduduk Pulau Perhentian takut untuk kembali ke Teluk Dalam kerana tempat itu dikatakan berhantu dan tidak sesuai untuk didiami.

Penduduk Pulau Perhentian menetap di satu tempat di sekitar awal abad ke 20 iaitu pada zaman pemerintahan Inggeris. Orang yang bertanggungjawab menyatukan dan mengumpulkan semua penduduk Pulau Perhentian di satu kawasan penempatan ialah Batin Talib. Semua penduduk Pulau Perhentian, tidak kira sama ada di Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil menetap di satu penempatan sahaja iaitu di Pasir Hantu iaitu penempatan sekarang. Semenjak semua penduduk Pulau Perhentian menetap di satu penempatan tidak ada lagi penduduk di sini yang tinggal berselerak di merata-rata Pulau Perhentian. Penempatan sekarang di bawah pentadbiran enam orang batin, yang bermula dari Batin Jamal hinggalah batin yang terakhir sekali iaitu Batin Sidek. Sehinggalah sekarang ini, penduduk Pulau Perhentian tinggal di satu tempat dan segala kemudahan asas senang disalurkan kepada semua penduduk.
 
Pulau Perhentian Semasa Jepun
Semasa Jepun melanggar Tanah Melayu dalam perang dunia kedua iaitu di sekitar 1941 hingga tahun 1945, Pulau Perhentian tidak ketinggalan dari terasa bahangnya. Pulau Perhentian dijadikan pelabuhan tempat persinggahan sementara tentera Jepun untuk menyerang lain-lain tempat di Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Kapal-kapal tentera Jepun berlabuh dan berkubu sementara di Pulau Perhentian.

Tentera Jepun bertindak merampas makanan dan ternakan daripada orang-orang kampung. Penduduk menjadi ketakutan, terutama sekali golongan muda. Ini adalah kerana tentera Jepun bertindak cuba menangkap tenaga-tenaga muda ini untuk dijadikan buruh keretapi maut di Burma. Bagi mengelakkan diri dari tertangkap, mereka melarikan diri ke atas bukit dan memasuki hutan Pulau Perhentian. Penduduk kampung yang lari terpaksa bermalam di dalam hutan dan mendapat bekalan makanan daripada golongan tua yang masih tinggal di rumah masing-masing secara sembunyi-sembunyi. Sebenarnya bukan sahaja golongan muda lelaki sahaja yang melarikan diri tetapi juga golongan wanita kerana takut akan kekejaman tentera Jepun.

Kesengsaraan pada zaman Jepun turut dirasakan oleh penduduk Pulau Perhentian sepertimana yang dirasakan oleh penduduk Tanah Besar Semenanjung. Semua ternakan dan makanan yang tidak sempat disembunyikan dirampas oleh tentera Jepun dan sesiapa yang cuba melawan akan diseksa dan dibunuh oleh mereka. Penduduk kampung yang bersembunyi keluar dari tempat persembunyian apabila Jepun mengaku kalah dalam tahun 1945. Setelah Jepun mengaku kalah baharulah orang-orang kampung menjalani kehidupan seperti biasa sama seperti sebelum pendudukan tentera Jepun.
 
Pulau Perhentian Zaman Sekarang
Sekarang Pulau Perhentian sedang pesat membangun. Segala kemudahan asas yang ada di Tanah Besar terdapat di sini walaupun tidak secanggih yang terdapat di Tanah Besar. Penduduk Pulau Perhentian hampir mencapai angka seribu orang. Kehidupan mereka kini tidak lagi susah dan perit sebagaimana beberapa dekad yang lalu. Mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Dengan adanya kemudahan eletrik 12 jam, penduduk di sini mampu memiliki dan mengikuti perkembangan semasa melalui peti televisyen dan tidak lagi tertutup kepada dunia luar. Boleh dikatakan hampir setiap keluarga memiliki peti televisyen dan setiap rumah diterangi lampu letrik. Di samping tenaga letrik penduduk Pulau Perhentian juga mendapat kemudahan bekalan air paip yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Perkampungan Pulau Perhentian kini menjadi sebuah perkampungan yang lebih tersusun kerana adanya beberapa fasa perumahan yang dibina oleh kerajaan di samping beberapa fasa lagi yang dalam pembinaan. Apabila semua projek perumahan kos rendah yang dibina itu siap, Pulau Perhentian akan menjadi satu perkampungan yang cantik, kemas dan tersusun. Dalam tempoh beberapa tahun lagi Pulau Perhentian tidak akan ada lagi rumah-rumah di tepi pantai yang menyesakkan persekitaran.

Selain dari itu, Pulau Perhentian kini mempunyai beberapa kemudahan asas yang lain, iaitu sebuah sekolah untuk kemudahan anak-anak tempatan, sebuah klinik untuk memberi rawatan dan kemudahan kesihatan kepada penduduk kampung sebelum dihantar ke pusat kesihatan besar di Tanah Besar. Sebuah pondok polis didirikan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang memerlukan pertolongan.

Sejak penghujung dekad 70an, pelancong dari dalam dan luar negara tidak putus mengunjungi Pulau Perhentian. Ramai pelancong luar negara mengunjungi Pulau Perhentian kerana udaranya yang bersih, pantainya yang cantik dengan pasir putih bersih serta persekitaran pulau yang menarik. Oleh kerana kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara kian meningkat, penduduk kampung merebut peluang yang ada dengan menyediakan keperluan untuk para pelancong. Banyak rumah tumpangan didirikan untuk disewakan kepada pelancong. Bot-bot untuk kemudahan pelancong pergi dan balik dari Pulau Perhentian juga disediakan. Perkembangan ini telah menjadikan penduduk Pulau Perhentian mempunyai pilihan dalam mencari rezeki untuk keluarga. Dari segi taraf hidup, penduduk Pulau Perhentian kini mempunyai taraf hidup yang sama dengan apa yang dirasakan oleh penduduk di Tanah Besar.
 
Lagenda Di Pulau Perhentian
Batin Mina

Batin Mina merupakan orang yang pertama membuka satu kawasan penempatan di Pulau Perhentian. Beliau dikatakan berasal dari Johor-Riau. Oleh kerana adanya campurtangan Inggeris dan Belanda di situ, beliau telah bertindak menentang campurtangan itu. Pada masa itu, Belanda menguasai kepulauan Indonesia dan Inggeris menguasai Tanah Melayu. Beliau dikatakan begitu marah dengan campurtangan itu dan bertindak menentang dasar itu.

Beliau dikatakan bersama orang-orangnya telah bertindak menyerang kapal-kapal dagang Inggeris dan Belanda yang berlayar di sekitar perairan Riau. Tindakannya menyerang dan merampas barang-barang dagangan yang dibawa oleh kapal-kapal dagang Inggeris dan Belanda itu telah menimbulkan kemarahan pihak Belanda dan Inggeris. Pihak Belanda dan Inggeris menganggap Batin Mina dan orang-orangnya sebagai lanun. Tetapi tindakan Batin Mina dan orang-orangnya tidak begitu berkesan untuk menghalang dua kuasa imperialis itu dari menguasai gugusan Kepulauan Melayu. Ini adalah kerana dua kuasa itu mempunyai kelengkapan senjata yang baik.

Tindakan Batin Mina itu telah menyebabkan pihak Belanda dan Inggeris menyerang balas dan menyerang kubu-kubu yang digunakan oleh Batin Mina dan orang-orangnya. Batin Mina yang telah dianggap lanun oleh dua kuasa barat itu telah menjadi buruan pihak Belanda dan Inggeris. Batin Mina dan orang-orangnya telah lari dari buruan pihak Inggeris dan Belanda itu ke Timur Semenanjung. Kemudian membuka penempatan dan menetap di Teluk Dalam Pulau Perhentian Besar.

Beliau dikatakan seorang yang terkenal kerana mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi. Seorang pendekar yang terbilang serta mempunyai ilmu kebal. Beliau juga adalah seorang bomoh yang handal. Di Pulau Perhentian beliau dikenali sebagai Batin. Kehandalan Batin Mina sebagai bomoh memang terkenal kerana dikatakan telah berjaya mengubati penyakit sehingga sampai ke istana.

Pada masa beliau menjadi batin di Pulau Perhentian, bekalan pakaian dan makanan tidak mencukupi untuk penduduk yang di bawah tanggungjawabnya. Langkah yang diambil oleh Batin Mina ialah dengan meminta bekalan makanan dan pakaian dari wakam atau tongkang besar Cina yang berlabuh di sekitar perairan Pulau Perhentian. Segala pemberian itu bolehlah dianggap sebagai cukai dan jaminan keselamatan kepada kapal-kapal dagang yang berlabuh.

Tetapi ada di antara kapal-kapal dagang Cina yang berlabuh itu enggan memberikan apa yang diminta oleh Batin Mina. Tindakan pedagang itu menimbulkan kemarahan Batin Mina. Dengan menggunakan ilmu kebatinan yang ada padanya, beliau dikatakan telah bertindak menghalang pelayaran kapal-kapal dagang itu dengan membina beting-beting pasir di tengah laut. Oleh kerana adanya beting pasir itu, kapal-kapal tidak dapat meneruskan pelayaran dan terpaksa tunduk kepada Batin Mina. Tindakan Batin Mina itu telah menyebabkan kapal-kapal dagang yang berlindung di Pulau Perhentian membayar cukai kepada Batin Mina.

Panglima Dayak

Beliau adalah merupakan panglima kepada Batin Mina. Panglima Dayak bertindak sebagai pembantu kepada Batin Mina dari segi keselamatan penduduk Pulau Perhentian pada masa itu. Beliau tidak terus menjadi panglima kepada batin yang selepas Batin Mina. Mengikut cerita, beliau dikatakan ghaib selepas sahaja kematian Batin Mina.

Mengikut cerita, jika ada orang yang tersesat di atas bukit Pulau Perhentian Besar akan terjumpa dengannya dan beliau akan membantu atau membawa ke satu tempat yang dinamakan Pinang Seribu. Dari cerita lisan yang diperkatakan, pernah terjadi orang yang tersesat di atas bukit Pulau Perhentian akan ditemui di tempat yang sama sahaja dengan mereka yang tersesat sebelumnya. Ini terjadi kerana mereka yang tersesat itu dikatakan telah dibawa oleh Panglima Dayak. Setelah mereka yang tersesat itu dibawa ke beberapa tempat dengan tidak disedari oleh mereka yang tersesat itu, kemudian ianya akan dihantar ke satu tempat yang dikenali dengan Pinang Seribu. Orang yang mencari akan menemui mereka yang tersesat itu di tempat yang sama setiap kali kejadian sesat ini berlaku. Panglima Dayak ini dikatakan masih ada lagi hingga sekarang ini. Wallahualam.
 
Metos Di Pulau Perhentian
Pada zaman dahulu, di Pulau Perhentian tinggal seekor naga yang sangat besar. Naga itu dikenali dengan panggilan Naga Pulau Berjuang. Ia tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan Tanjung Basi, Pulau Perhentian Besar. Pada satu ketika, Naga Pulau Berjuang turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian. Tempat naga itu turun meninggalkan kesan di atas bukit Pulau Perhentian. Jalan yang dilalui oleh naga itu sekarang ini dikenali dengan nama Jalan Naga. Satu perkara lagi yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini. Tidak ada ular bisa tinggal di atas pulau ini. Semua ular yang tinggal di pulau ini tidak mempunyai bisa. Dari apa yang diperkatakan, yang ada di atas pulau ini hanyalah ular sawa sahaja. Mengikut cerita, ular bisa tidak boleh tinggal di atas pulau ini kerana terdapatnya keladi lekir dan akar cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular. Walau ular itu bisa semacam manapun, ianya akan menjadi tawar kerana adanya dua jenis tumbuhan itu. Oleh kerana itulah, semua ular bisa tidak berani tinggal di atas Pulau Perhentian. Akar cina putih mendapat nama kerana, ianya digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang Cina untuk membuat tali sauh dan tali kapal. Akar cina putih ini adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan kukuh sebagai tali. Oleh kerana ianya sering digunakan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal dagang cina, lalu ianya diberi nama sebagai akar cina putih. Sebagaimana yang telah diceritakan, Pulau Perhentian memang bebas dari ular yang berbisa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah di atas pulau itu. Mengikut cerita, memang tidak ada ular bisa di atas pulau itu melainkan ular laut saja. Cuma yang ada sejenis ular sahaja iaitu ular sawa. 
 
 
 
 
 
 
CC:http://www.pulauperhentian.com.my/sejarahperhentian.php 

muzlama.jpg (5489 bytes)


Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977.

Dari segi rentetan sejarahnya, hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri ini tercetus sejak awal tahun 1920 an lagi natijah daripada peristiwa perjumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini telah melahirkan rasa kegembiraan dan rasa kesyukuran seluruh rakyat Negeri Terengganu pada waktu itu. Namun, masalah timbul kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan batu bersejarah ini. Keadaan ini telah mencabar dan menyedarkan pimpinan negeri itu betapa pentingnya negeri ini mempunyai Muzium sendiri.

Ekoran daripada itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tiada pilihan selain memperkenankan Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Menteri Besar Terengganu pada masa itu Dato’ Haji Ngah Mohd Bin Yusof telah bersetuju dengan surat jawapan daripada Penasihat British yang berbunyi :
" Maka apakala diadakan Muzium di dalam Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya "
Berikutan itu, kesedaran serta semangat untuk menpunyai Muzium sendiri semakin memuncak. Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Idris ( Menteri Besar Terengganu ketika itu ), telah menubuhkan satu jawatankuasa serta membayangkan hasrat untuk mewujudkan Muzium di Negeri Terengganu. Jawatankuasa ini telah dianggotai oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin Atan serta Haji Wan Endut Bin Othman. Peranan utama jawatankuasa ini ialah untuk mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Namun begitu, perjalananan jawatankuasa ini terbantut kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang.

Kesinambungan daripada itu, pada 14 januari 1960, Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Andika Indera, Encik Ishak Bin Mohd Isa telah membuat satu perjumpaan dan hasilnya, satu persetujuan dicapai sebulat suara untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Barang Lama dan Sejarah Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Haji Mohd Saleh Bin Haji Awang ) berperanan sebagai Setiausaha. Serentak dengan itu, satu peruntukan telah diwujudkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membeli barang dan koleksi warisan sejarah serta budaya negeri Terengganu. Kerja-kerja pengumpulan barang dan koleksi mula digiatkan mulai Julai 1960 dan ianya telah ditempatkan di dalam almari di satu sudut khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jalan Cherung Lanjut, Kuala Terengganu.

Perkembangan yang positif ini telah mengorak langkah yang lebih luas lagi dan hasrat untuk mempunyai Muzium sendiri semakin mendapat perhatian dan sokongan Kerajaan Negeri . Pada 3 Febuari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Wira Jaya, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu. Dengan pembentukan jawatankuasa ini, hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri mula menampakkan bibit-bibit kejayaan khususnya apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu ( Enakmen Bil 9/ 1976 ).

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, kerja-kerja pengumpulan dan perolehan barang-barang lama dan bersejarah diteruskan dengan lebih giat. Operasi dan fungsi muzium terus diperluaskan. Pada waktu itu, dua orang tokoh yang memainkan peranan yang penting di dalam mengemudikan perkembangan dan kemajuan Muzium Negeri ialah Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Saleh Bin Awang ) dan Tuan Haji Othman Bin Haji Ali. Kerja-kerja penyelidikan, galicari dan pemuliharaan bangunan lama yang bersejarah telahpun dimulakan.

Era tahun 1980 an telah meningkatkan lagi perkembangan Muzium Negeri. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah.
Pada bulan April 1994, sekali lagi berlaku perubahan yang menarik di dalam sejarah Muzium Negeri. Ini kerana segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke ‘ rumah baru ‘, iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.

                                                    muzbaru.jpg (8888 bytes)

cc:http://www.angelfire.com/mt/muzium/sejarah.htm


THIS IS MY STATE MUSEUM HISTORY

Wednesday 10 September 2014

-:Bahaya Mandi Malam:-

Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.

Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun.

Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA.

Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa! ". Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu.

Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas).

Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya. Dengan ini dirumuskan bahawa:-MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru

so dlm hal ne,kena jdkn panduan bhy mandi malam..
cc:http://www.carigold.com/portal/forums/member.php?u=59727

HUBUNGAN FUTSAL DAN SERANGAN JANTUNG MENDADAK

Setyo Cipto, mantan asisten pelatih Sriwijaya FC, meninggal dunia akibat serangan jantung mendadak saat bermain futsal di awal Desemmber 2012 lalu. Kasus ini bukan kali pertama terjadi. Lima tahun silam, pelawak Basuki juga meninggal dunia usai berolahraga futsal.

Lalu apakah itu berarti futsal berisiko menyebabkan serangan jantung mendadak?

“Olahraga futsal bukan merupakan faktor risiko timbulnya serangan jantung mendadak,” kata dokter spesialis kedokteran olahraga dari Universitas Andalas, dr Afriwardi, SpKO.

Akan tetapi aktivitas fisik yang mendadak dan berat, apapun bentuk aktivitas fisiknya termasuk futsal, memang dapat memicu timbulnya serangan jantung mendadak. “Terutama bagi orang-orang yang memang memiliki faktor risiko seperti hipertensi, hiperlipidemia, jantung koroner dan orang tak terlatih,” imbuh doktor ilmu biomedik ini.

Menurut dr Afriwardi, pada umumnya serangan jantung mendadak setelah berolahraga terjadi karena orang melakukannya secara tidak proporsional. Olahraga dilakukan dengan dosis atau porsi yang berlebihan, sehingga kebutuhan oksigenasi jaringan terutama otot jantung menjadi tidak kuat.

“Keadaan ini memicu timbulnya gangguan jantung, sehingga dapat menyebabkan kematian,” jelasnya.

Dr Afriwardi menyarankan agar aman berolahraga setiap orang perlu memperhatikan kaidah berolahraga. Lakukan futsal secara baik, benar, teratur dan terukur. Selain itu, setiap pemain futsal hendaknya memegang prinsip utama yang harus dilakukan, yaitu selalu memulainya dengan fase pemanasan dan diakhiri pendinginan.

“Hal lain yang perlu diperhatikan adalah lamanya permainan. Sering terjadi karena keasyikan, orang bisa bermain futsal sampai lebih dua jam,” tutur dr Afriwardi.

Mengenai berapa lama waktu yang direkomendasikan untuk bermain futsal secara aman, ia mengatakan bahwa semua itu sangat tergantung kepada adaptasi pemain. Artinya, pemain terlatih dapat bermain lebih lama.

“Berbeda dengan masyarakat umum yang tidak terlatih, maksimal tidak lebih dari 1 jam. Itupun harus dilakukan dengan intensitas rendah dulu. Nah, kalau sudah rutin dilakukan, intensitasnya boleh ditingkatkan,” jelasnya.

Bermain futsal adalah olahraga paling gampang dan menyenangkan pada saat ini. Futsal tidak membutuhkan banyak pemain. Permainannya juga bisa dilakukan di dalam gedung yang teduh atau tidak terpanggang sinar matahari. Lapangan futsal juga mudah ditemui di dekat perkantoran atau dekat dengan pemukiman, sehingga menjadi salah satu bagian dari rekreasi. Biaya untuk bermain futsal juga relatif terjangkau. Biasanya orang yang futsal sama-sama mengumpulkan uangnya saat bermain.

Tak heran bila penggemar futsal datang dari berbagai kalangan ekonomi dan usia.

Menurut dr Afriwardi, dilihat dari sisi usia tidak ada batasan orang boleh bermain futsal atau tidak. “Namun sebaiknya, olahraga futsal dibatasi setelah usia 45 tahun, mengingat proses degeneratif (penuaan) yang terjadi,” kata dokter yang mengambil spesialisasi kedokteran olahraganya di Universitas Indonesia itu.

Perlu diketahui beban anaerobik olahraga futsal lebih berat dibanding sepak bola konvensional. Olahraga futsal yang dimainkan di lapangan lebih sempit justru dimainkan dengan tempo yang relatif lebih cepat dibanding sepak bola konvensional di lapangan lebih luas.

Menurut dr Afriwardi, semua orang yang memiliki risiko gangguan kardiovaskuler perlu menghindari aktivitas fisik dengan porsi besar, seperti futsal, bulu tangkis dan olah raga lain. Apalagi jika olah raga tersebut dominasi penggunaan energi anaerobik.

“Jadi bagi orang dengan penyakit jantung koroner dan hipertensi yang tidak terkontrol, disarankan tidak bermain futsal,” tandasnya. Efek samping futsal bahaya serangan jantung mendadak mematikan.

Welcome to this blog

Assalamualaikum W.B.T. terima kasih kepada anda semua yg sanggup singgah di blog ini. Disini saya akan menceritakan tentang kisah hidup saya yang mungkin dapat membantu anda semua untuk menjalani kehidupan pada masa kini.